|
A : Mangkuktingkat.com adalah sebuah program bagi membekalkan sajian makanan tengahari dan malam untuk mereka yang inginkan penjimatan disamping diet yang seimbang serta berkualiti.
Disamping itu ianya bertujuan membantu suri rumah sepenuh masa yang bertindak sebagai pembekal kepada Program Mangkuk Tingkat. Dengan cara ini mereka boleh mendapatkan sumber kewangan bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.
A : Mangkuk tingkat adalah sejenis bekas untuk menyimpan makanan bagi tempoh yang tertentu
-
Ia telah lama diperkenalkan dan digunakan oleh pelbagai bangsa di Malaysia, malah luar negara juga.
-
Kesegaran dan kualiti makanan terjamin kerana bersifat kedap udara bagi pengekalan suhu yang lama dan mengelakkan makanan supaya cepat terkontaminasi
-
Penggunaan mangkuk tingkat dapat mengelakkan barah kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik (polisterin) polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunaanya terhadap unsur kimia seperti 'vinyl cloride monomer' (VCM) dan 'phthalates' . VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah
-
Dengan menggunakan mangkuk tingkat kos dapat dikurangkan berbanding dengan penggunaan bekas makanan pakai buang. Dengan penjimatan tersebut dapatlah kami memberikan lebih nilai kepada sajian anda
A : MangkukTingkat menyediakan menu yang seimbang serta memenuhi selera kebanyakan orang. Kami telah melantik panel yang pakar dalam pemakanan bagi menyediakan menu untuk anda
A : MangkukTingkat.com menyediakan sajian makan tengahari dan makan malam sahaja. Anda boleh melanggan salah satu dari sajian atau kedua-duanya sekali.
A : Sukatan serta yang disediakan mengikut hidangan untuk satu orang makan
A : Anda boleh memilih samada mengambil sendiri sajian anda dari pusat pungutan (sila hubungi kami untuk mengetahui pusat pungutan yang mudah bagi anda) atau sajian tersebut boleh dihantar terus ke rumah atau ke pejabat anda. Caj penghantaran akan dikenakan jika anda memilih untuk mendapatkan khidmat penghantaran.
A : Caj penghantaran ialah RM1.50 untuk satu mangkuk tingkat.
A : Mangkuk tingkat yang digunakan oleh anda adalah mangkuk tingkat yang sama, dimana setiap pelanggan disediakan dua set mangkuk tingkat yang sama dan ditandakan khas untuk anda sepanjang tempoh langganan.
A : Setiap mangkuk tingkat akan dilekatkan seal, dimana jika terdapat kesan kecacatan pada seal tersebut, pelanggan berhak untuk memulangkan semula kepada pembekal.
A : Penerima akan diminta menandatangani nota penerimaan sebagai pengesahan sajian telah diterima.
A : Anda akan menerima sajian adalah pembekal yang paling hampir dengan tempat anda. Mereka ini telah diberi kursus serta latihan yang bersesuaian dengan tugas mereka
A : Anda tidak dibenarkan memilih pembekal. Pihak pengurusan akan menentukan pembekal anda sesuai dengan jarak dan corak langganan anda.
A : Pihak pengurusan MangkukTingkat.com sentiasa memastikan Pembekal memenuhi syarat-syarat sebagai penyedia sajian seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
A : Kami dari masa kesemasa akan melakukan lawatan penyeliaan terhadap premis pembekal. Selain dari itu kami akan memastikan bekalan bahan mentah datangnya dari sumber yang tidak meragukan.Semua Pembekal dan pembantu mereka adalah terdiri dari orang yang berugama Islam.
A : Waktu penghantaran / pengambilan adalah antara jam 10.00 pagi hingga 1.00ptg untuk makan tengahari, manakala untuk makan malam antara jam 5.00ptg hingga 8.00mlm. Sebarang permintaan untuk perubahan waktu hendaklah dimaklumkan awal kepada pengurusan.
A : Boleh, jika tempat penghantaran adalah sama dan dibayar atas nama seorang pelanggan dan melebihi dari 20 mangkuk tingkat. Sila hubungi kami untuk mendapatkan diskaun khas tersebut.
A : Anda yang ingin melanggan hidangan makanan perlu mendaftar dengan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai PELANGGAN melalui talian telefon atau mengisi borang di dalam laman web mangkuktingkat.com. Langganan mangkuk tingkat hanya dibuat dalam bentuk bulanan sahaja
A : Buat masa ini kami tidak menyediakan sajian pada hari Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum.
A : Anda tidak dibenarkan membuat pembatalan dalam tempoh langganan. Kami hanya membenarkan sajian tersebut dibawa ke bulan hadapan.
A : Anda boleh memberikan notis penangguhan 24 jam sebelum tempoh penghantaran atau pengambilan.
A : Bayaran penuh hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan sebelum bulan langganan kepada akaun MAYBANK 564306011474 atas nama MT HIKMAH. Sila letakkan email order@mangkuktingkat.com diruangan email . Selepas bayaran dibuat anda bolehlah menghubungi taiian MangkukTingkat.com di 1700 800 363 jika anda ingin mengesahkan tempahan anda |