Mereka secara usahasama menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan malam untuk dinikmati oleh pelanggan yang sibuk serta tiada masa untuk memasak untuk keluarga.
Hidangan tersebut kemudiannya boleh ditempah untuk dihantar terus ketempat kerja atau ke rumah.
Diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program MangkukTingkat.com. Bertujuan menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang.
![]()
Sajian yang disediakan oleh pembekal MangkukTingkat.com merupakan hasil masakan dari dapur individu. Ianya disediakan oleh suri rumah yang berpengalaman dalam menyediakan sajian untuk keluarga mereka. Terjamin kebersihan dan kualitinya kerana makanan yang sama juga akan dihidangkan untuk keluarga mereka.
Selain dari itu dengan penyeliaan yang ketat oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah serta badan piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) bagi menjamin hanya bahan-bahan yang suci dan bermutu digunakan bagi menyediakan hidangan untuk anda. Tukang masak yang terlibat telah diberikan kursus mengenai cara menyediakan masakan secara syarak.
![]()
Kami telah mengumpulkan lebih 1,000 jenis resepi lauk dan sayur untuk hidangan anda. Menu-menu tersebut kami susun atur dengan cara yang sesuai dengan kaedah pemakanan seimbang. Ini adalah bagi menjamin anda mendapat bukan saja makanan yang seimbang tetapi juga mengikut lunas-lunas Islam.
Setiap bulan menu yang berlainan akan disajikan dan anda tidak perlu risau tentang keperluan selera anda. Perunding diet MangkukTingkat.com sentiasa memastikan semua menu yang ditawarkan kepada anda adalah seimbang, berkualiti serta sesuai untuk kebanyakan orang.
Anda juga dari masa kesemasa boleh menyumbang atau mencadangkan resepi atau menu yang sesuai untuk selera diri anda dan orang-orang lain.
Jika anda adalah seorang yang mementingkan penjimatan disamping kesimbangan diet, MangkukTingkat.com adalah pilihan terbaik anda.
Tidak perlu menunggu lagi. Segera rujuk menu sajian untuk bulan hadapan dan mulakan tempahan anda segera !!.























