*Klik untuk gambaran yang besar
 



Dengan Kerjasama

TEKUN Nasional


Islamic Manufacturing Practice

  1. MangkukTingkat.com bermaksud program khidmat penyediaan sajian makanan yang diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

  2. Mangkuk Tingkat bermaksud bekas makanan yang dibuat dari besi keluli yang digunakan untuk mengisi sajian yang disediakan oleh MangkukTingkat.com.

  3. Penghantaran bermaksud perkhidmatan menghantar sajian makanan yang disediakan oleh MangkukTingkat.com dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  4. Pengambilan bermaksud urusan pengambilan sajian makanan oleh pelanggan dari premis pembekal dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

  5. Pembekal bermaksud orang yang menyediakan dan membekalkan sajian untuk program MangkukTingkat.com.

  6. Pelanggan bermaksud orang yang membayar untuk mendapatkan sajian dari Program MangkukTingkat.com


  1. Dua (2) set bekas makanan Mangkuk Tingkat akan dibekalkan kepada pelanggan.

  2. Pelanggan dikehendaki membayar deposit untuk 2 set mangkuk tingkat. Deposit yang dikenakan ialah RM30.00 . Pemulangan deposit sepenuhnya akan dibuat apabila langganan dihentikan dan mangkuk tingkat dipulangkan dalam keadaan yang elok.

  3. Langganan hanya berbentuk bulanan iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat.  Langganan untuk hari Sabtu, Ahad dan hari-hari kelepasan am adalah dalam bentuk langganan tambahan

  4. Menu sajian ditetapkan oleh pihak MangkukTingkat.com tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa.

  1. MangkukTingkat.com berhak menukar menu sajian disaat akhir tanpa memberi notis kepada pelanggan.

  2. Pembayaran hendaklah dibuat melalui online atau bank in ke akaun Maybank atas nama KHIDMAT NURHIKMAH ( 564 306 010 030 ), selewat-lewatnya pada 27 haribulan bagi langganan untuk bulan berikutnya.

  3. Penghantaran / pengambilan sajian adalah seperti berikut :
  • Penghantaran Sajian Tengahari – 12.00 hingga 1.00 tengahari
  • Pengambilan Sajian Tengahari – 12.00 hingga 2.00 petang
  • Penghantaran Sajian Makan Malam – 5.00 hingga 7.00 petang
  • Pengambilan Sajian Makan Malam – 5.00 petang hingga 7.00 petang

Tiada pembatalan dibenarkan untuk tempahan yang telah dibuat.

Pelanggan hanya dibenarkan membuat penangguhan hidangan yang telah ditempah kepada bulan berikutnya.

Mangkuk Tingkat yang dipulangkan dalam keadaan bersih. Surcaj 20 sen akan dikenakan jika mangkuk tingkat yang dipulangkan tidak dibersihkan. Caj tersebut akan dimasukkan kedalam bil langganan bulan berikutnya.


 
   
Terma dan Syarat l Kembali l Hubungi