Berita & Blog
MangkukTingkat.com untuk suri rumah - Sinar Harian, Selasa 28-10-2008

MangkukTingkat.com untuk suri rumah
Sinar Harian, Selasa 28-10-2008

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (Nur Hikmah) memperkenalkan perniagaan khidmat penghantaran makanan bagi menjana pendapatan suri rumah termasuk golongan ibu tunggal.

Perniagaan yang dikenali sebagai MangkukTingkat.com ini bukan berorientasikan keuntungan semata-mata, sebaliknya menekankan aspek keusahawanan dan kemasyarakatan.

Presiden dan Pengasasnya, Ameer Soekre Ishak berkata, pihaknya mengenal pasti kebanyakan masalah sosial bermula dari rumah seperti kurang pengawasan ibu bapa.

“Sindrom kurang pengawasan ini terpaksa dihadapi ibu bapa yang bekerja bagi menampung perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat.

“Justeru, perniagaan ini mudah dilakukan dari rumah, tambahan pula kemudahan internet membolehkan mereka berhubung terus dengan pusat khidmat pelanggan sepanjang masa,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.


Konsep ‘Rancang menu, bayar dahulu, baru makan’

Setiap pesanan pelanggan akan disalurkan kepada mereka termasuk transaksi secara dalam talian dan bahan mentah dihantar terus ke rumah.

Suri rumah dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga terutama pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum berikutan tiada operasi pada hari berkenaan.

Mangkuktingkat.com menekankan konsep ‘Rancang menu dan bayar dahulu, baru makan’ di mana pelanggan perlu membuat cadangan atau pilihan menu bagi bulan berikutnya.

Cadangan sajian atau pilihan menu boleh dilakukan melalui sistem secara dalam talian di laman web, www.mangkuktingkat.com bagi memudahkan pengurusan tempahan.

Pelanggan dapat menetapkan perbelanjaan bulanan, manakala bayaran boleh dibuat selepas selesai membuat tempahan yang sah hingga akhir bulan bagi penghantaran untuk bulan berikutnya.

Beliau berkata, Pembekal Sajian akan membekalkan makanan kepada 50 pelanggan secara maksimum di kawasan mereka pada setiap hari bagi waktu makan tengah hari dan malam.

“Jumlah tempahan dan bilangan pelanggan akan menentukan jumlah sajian yang perlu disediakan oleh Pembekal Sajian.

“Setiap agihan seterusnya dilakukan mengikut kemampuan dan kesediaan mereka untuk menyediakan sajian tambahan termasuk pengurusan penghantaran,” katanya.

Semua makanan yang dimasak untuk pelanggan akan dimasukkan ke dalam mangkuk tingkat keluli kedap udara bagi menjamin kualiti sajian.

Mangkuk tingkat mempunyai empat tingkat iaitu tingkat bawah dan kedua diisi lauk, tingkat ketiga diisi nasi, manakala tingkat keempat dikhaskan untuk produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS).

Produk IKS merupakan kuih, kerepek, kek atau produk-produk lain yang dibekalkan oleh usahawan bagi tujuan promosi dan kemudahan membuat tempahan secara langsung.

Waktu penghantaran antara 11 pagi hingga 1.30 petang untuk sajian makan tengah hari dan mulai 5 petang hingga 8 malam bagi makan malam.


300 suri rumah sedia khidmat sajian

Menurut Ameer, Nur Hikmah turut menyedari bahawa makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera atau makanan ringan memberi kesan kepada kesihatan termasuk sahsiah diri.

“Penggunaan bahan-bahan makanan yang diubahsuai juga dikenal pasti memudaratkan kesihatan badan dan minda masyarakat.

Tambahnya lagi, Program MangkukTingkat.com ini menyediakan makanan mengikut prinsip Islam dari segi kaedah masakan serta penyucian bahan.

MangkukTingkat.com yang memulakan perkhidmatan pada pertengahan Jun kini mempunyai lebih 300 suri rumah dari seluruh negara yang berdaftar.

“Kami membuat kajian terlebih dahulu sebelum mewujudkan perkhidmatan ini di satu-satu kawasan supaya suri rumah memperoleh pendapatan yang mencukupi.

“Kriteria utama yang diambil perhatian adalah jumlah pelanggan sekurang-kurangnya antara 10 hingga 20 orang bagi memulakan perkhidmatan di kawasan itu,” katanya.

Sekiranya bilangan pelanggan melebihi kuota dan keupayaan, beberapa suri rumah baru akan dilantik bagi menyediakan sajian supaya perkhidmatan dapat dilakukan secara konsisten dan lebih terancang.

Tempahan dibuka untuk individu dan syarikat serta pelanggan korporat yang mahu mendapatkan sajian bagi kakitangan yang berada di luar pejabat atau luar kawasan.

Ameer berkata, pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk menyediakan perkhidmatan katering kerana MangkukTingkat.com lebih mementingkan nilai masakan dan kekeluargaan dari rumah.

“Mana-mana suri rumah berkenaan dapat memulakan tugas sebagai pembekal, pihak pengurusan akan menyalurkan modal terus kepada mereka bagi memulakan operasi.

Sehingga kini, MangkukTingkat.com mempunyai seramai 28 pembekal di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Lebih 300 pembekal telah berdaftar dan menunggu masa untuk memulakan perkhidmatan bergantung pada permintaan pelanggan di mana-mana kawasan.

Jumlah pelanggan meningkat dua kali ganda pada setiap bulan sejak tiga bulan lalu dan menjangkakan pertumbuhan 50 peratus pada setiap bulan menjelang tahun depan.


Rancang untuk wujud perkhidmatan alternatif

Menurut Ameer, pihaknya percaya MangkukTingkat.com amat berpotensi yang hanya perlu berhadapan cabaran untuk memberi jaminan kualiti yang terbaik kepada pelanggan.

“Kami mempunyai pelbagai rancangan untuk memudahkan lagi perkhidmatan dengan menyediakan cara hidangan alternatif kepada mangkuk tingkat.

“Sejajar dengan hasrat itu, Nur Hikmah kini sedang mencari rakan kongsi untuk mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Antara cadangan adalah mewujudkan kaunter pandu lalu pada masa akan datang seperti kebanyakan restoran makanan segera sebagai tambah nilai.

Dengan perkhidmatan itu, pelanggan boleh mendapatkan makanan nasih serta lauk-pauk dengan lebih mudah berbanding perniagaan restoran yang lain.

Secara tidak langsung, perniagaan MangkukTingkat.com dapat memperluaskan pasaran serta terus kukuh dalam industri makanan dan minuman.

Tambahan pula, kebanyakan restoran makanan segera hari ini turut menjadikan nasi sebagai sebahagian daripada menu hidangan pilihan.

Pada masa ini, terdapat kerjasama dengan Yayasan Tekun Nasional (Tekun) yang mewujudkan rangkaian IKS di samping memberi pembiayaan modal kepada usahawan.

“Diharapkan agar MangkukTingkat.com mencapai tahap yang lebih baik menerusi perniagaan yang seratus peratus komersial dalam tempoh terdekat, dua tahun lagi.

“Ia bukan sahaja platform untuk masyarakat yang membantu menjana ekonomi dan memenuhi permintaan terhadap makanan bercirikan budaya Malaysia bahkan menjadi penyelesaian kepada sumber makanan yang lebih seimbang dan halal,” katanya.

Petikan dari link:
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2093662.asp

 

 

Advertisement
Mangkuk Tingkat

Troli Tempahan

Troli Anda

Your Cart is currently empty.

Pilih Tempahan


List All Products


Advanced Search

Kedai Buku Online
NurHampers.com
getGorgeous
Korean Brooch
KedaiHerba.com
Ita Delight
iklansini3.gif
iklansini3.gif

Generated in 0.27069 Seconds