Soalan Lazim

Q : Apakah yang dimaksudkan dengan Program MangkukTingkat.com ?
A : Mangkuktingkat.com adalah sebuah program bagi membekalkan sajian makanan tengahari dan malam untuk mereka yang inginkan penjimatan disamping diet yang seimbang serta berkualiti.

Disamping itu ianya bertujuan membantu suri rumah sepenuh masa yang bertindak sebagai pembekal kepada Program Mangkuk Tingkat. Dengan cara ini mereka boleh mendapatkan sumber kewangan bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.


Q : Kenapakah program ini menggunakan mangkuk tingkat sebagai bekas untuk mengisi makanan ?
A :   Mangkuk tingkat adalah sejenis bekas untuk menyimpan makanan bagi tempoh yang tertentu

  • Ia telah lama diperkenalkan dan digunakan oleh pelbagai bangsa di Malaysia, malah luar negara juga.
  • Kesegaran dan kualiti makanan terjamin kerana bersifat kedap udara bagi pengekalan suhu yang lama dan mengelakkan makanan supaya cepat terkontaminasi.

Q : Apakah menu sajian untuk program MangkukTingkat.com ini ?
A : MangkukTingkat menyediakan menu yang seimbang serta memenuhi selera kebanyakan orang. Kami telah melantik panel yang pakar dalam pemakanan bagi menyediakan menu untuk anda.


Q : Apakah jenis sajian yang ditawarkan ?
A : MangkukTingkat.com menyediakan sajian makan tengahari dan makan malam sahaja. Anda boleh melanggan salah satu dari sajian atau kedua-duanya sekali. Pada bulan Ramadhan MangkukTingkat.com juga menyediakan sajian untuk sahur dan berbuka.


Q : Bagaimanakah saiz dan sukatan sajian yang disediakan?
A : Sukatan serta yang disediakan mengikut hidangan untuk satu orang makan.


Q : Bagaimanakah saya boleh mendapatkan sajian yang disediakan oleh MangkukTingkat.com ?
A : Anda boleh melayari laman web kami di www.mangkuktingkat.com dan membuat tempahan disitu. Anda juga menghubungi talian hotline kami di 1700 800 363 dan membuat tempahan melalui telefon.


Q : Berapakah caj penghantaran ?
A : Mulai bulan Disember 2008 tiada caj penghantaran dikenakan.


Q : Adakah saya berkongsi mangkuk tingkat yang sama dengan pelanggan lain ?
A : Mangkuk tingkat yang digunakan oleh anda adalah mangkuk tingkat yang sama, dimana setiap pelanggan disediakan dua set mangkuk tingkat yang sama dan ditandakan khas untuk anda sepanjang tempoh langganan.


Q : Apakah jaminan mangkuk tingkat tersebut tidak dicemari?
A : Setiap mangkuk tingkat akan dilekatkan seal, dimana jika terdapat kesan kecacatan pada seal tersebut, pelanggan berhak untuk memulangkan semula kepada pembekal.


Q: Apakah jaminan mangkuk tingkat sampai ke rumah?
A : Pelanggan hendaklah memberikan alamat yang tepat bagi memudahkan urusan penghantaran. Penerima akan diminta menandatangani nota penerimaan sebagai pengesahan sajian telah diterima.


Q : Siapakah pembekal sajian saya?
A : Anda akan menerima sajian adalah pembekal yang paling hampir dengan tempat anda. Mereka ini telah diberi kursus serta latihan yang bersesuaian dengan tugas mereka.


Q : Bolehkah saya memilih pembekal saya ?
A : Anda tidak dibenarkan memilih pembekal. Pihak pengurusan akan menentukan pembekal anda sesuai dengan jarak dan corak langganan anda.


Q : Adakah pembekal memenuhi ciri-ciri kebersihan dalam penyediaan sajian ?
A : Pihak pengurusan MangkukTingkat.com sentiasa memastikan Pembekal memenuhi syarat-syarat sebagai penyedia sajian seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemantauan dari masa kesemasa sentiasa dibuat bagi memastikan makanan yang disediakan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


Q : Bagaimanakah tahap kesucian sajian yang disediakan oleh Pembekal dapat dipastikan ?
A : Kami dari masa kesemasa akan melakukan lawatan penyeliaan terhadap premis pembekal. Selain dari itu kami akan memastikan bekalan bahan mentah datangnya dari sumber yang tidak meragukan.Semua Pembekal dan pembantu mereka adalah terdiri dari orang yang berugama Islam. Bahan-bahan mentah yang kami gunakan akan dipantau oleh IMP (Islamic Manufacturing Practice)


Q : Bilakah waktu penghantaran / pengambilan mangkuk tingkat?
A : Waktu penghantaran adalah antara jam 10.00 pagi hingga 1.00ptg untuk makan tengahari, manakala untuk makan malam antara jam 5.00ptg hingga 8.00mlm. Sebarang permintaan untuk perubahan waktu hendaklah dimaklumkan awal kepada pengurusan dan tertakluk kepada kesesuaian masa penghantaran bagi kawasan anda.


Q : Bolehkah kos penghantaran dikongsi jika ramai pelanggan berada didalam satu premis ?
A : Boleh, jika tempat penghantaran adalah sama dan dibayar atas nama seorang pelanggan dan melebihi dari 20 mangkuk tingkat. Sila hubungi kami untuk mendapatkan diskaun khas tersebut.


Q : Bagaimanakah cara jika saya hendak melanggan mangkuktingkat.com?
A : Anda yang ingin melanggan sajian MangkukTingkat.com ini dengan cara mendaftar dilaman web www.mangkuktingkat.com (24 jam) atau menghubungi talian HOTLINE 1700 800 363 (jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja) .


Q : Bolehkah saya membuat tempahan pada hari sabtu dan ahad?
A : Buat masa ini kami tidak menyediakan sajian pada hari Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum.


Q : Bolehkah saya membuat pembatalan tempahan?
A : Anda tidak dibenarkan membuat pembatalan dalam tempoh langganan. Kami hanya membenarkan sajian tersebut dibawa ke bulan hadapan.


Q : Apakah jangkamasa penangguhan sajian boleh dibuat ?
A : Anda boleh memberikan notis penangguhan 24 jam sebelum tempoh penghantaran atau pengambilan.


Q : Bagaimanakah cara proses pembayaran?
A : Bayaran penuh hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan sebelum bulan langganan kepada akaun MAYBANK 5626 7420 2640 Mangkuk Tingkat Enterprise. Sila letakkan email This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it diruangan email . Selepas bayaran dibuat anda bolehlah menghubungi taiian MangkukTingkat.com di 1700 800 363 jika anda ingin mengesahkan tempahan anda

Q : Kawasan manakah mempuyai perkhidmatan Mangkuk Tingkat?
A : Buat masa sekarang (dari Ogos 2008), berikut adalah kawasan yang dapat menikmati perkhidmatan kami:

  • Bandar Melaka
  • Bandar Utama
  • Bangi
  • Bangsar
  • Batu Caves
  • Bukit Beruntong
  • Cheras
  • Damansara Jaya
  • Damansara Utama
  • Gombak
  • Johor Bahru
  • Kajang
  • Kelana Jaya
  • Kelang
  • Kertih Terengganu
  • KLCC
  • KLIA
  • Kota Damansara
  • Kuala Lumpur
  • Kulim Kedah
  • Pandan Indah
  • Petaling Jaya
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Rawang
  • Selayang
  • Sepang
  • Serdang
  • Seri Kembangan
  • Sg Buloh
  • Shah Alam
  • Skudai
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
  • UIA Gombak
  • UITM Shah Alam
  • UKM Bangi

 


 

 
< Prev   Next >

 

Advertisement
Mangkuk Tingkat

Troli Tempahan

Troli Anda

Your Cart is currently empty.

Pilih Tempahan


List All Products


Advanced Search

Kedai Buku Online
NurHampers.com
getGorgeous
Korean Brooch
KedaiHerba.com
Ita Delight
iklansini3.gif
iklansini3.gif

Generated in 0.49496 Seconds