Terma
- MangkukTingkat.com bermaksud program khidmat penyediaan sajian makanan yang diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
- Mangkuk Tingkat bermaksud bekas makanan yang dibuat dari besi keluli yang digunakan untuk mengisi sajian yang disediakan oleh MangkukTingkat.com.
- Penghantaran bermaksud perkhidmatan menghantar sajian makanan yang disediakan oleh MangkukTingkat.com dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Pengambilan bermaksud urusan pengambilan sajian makanan oleh pelanggan dari premis pembekal dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
- Pembekal bermaksud orang yang menyediakan dan membekalkan sajian untuk program MangkukTingkat.com.
- Pelanggan bermaksud orang yang membayar untuk mendapatkan sajian dari Program MangkukTingkat.com
Syarat
- Dua (2) set bekas makanan Mangkuk Tingkat akan dibekalkan kepada pelanggan.
- Pelanggan dikehendaki membayar deposit untuk 2 set mangkuk tingkat. Deposit yang dikenakan ialah RM30.00 . Pemulangan deposit sepenuhnya akan dibuat apabila langganan dihentikan dan mangkuk tingkat dipulangkan dalam keadaan yang elok.
- Langganan hanya berbentuk bulanan iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Langganan untuk hari Sabtu, Ahad dan hari-hari kelepasan am adalah dalam bentuk langganan tambahan
- Menu sajian ditetapkan oleh pihak MangkukTingkat.com tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa.
- MangkukTingkat.com berhak menukar menu sajian disaat akhir tanpa memberi notis kepada pelanggan.
- Pembayaran boleh dibuat melalui online atau di kaunter bank ke akaun Maybank atas nama Mangkuk Tingkat Enterprise 5626 7420 2640 , selewat-lewatnya pada 27 haribulan bagi langganan untuk bulan berikutnya.
- Kebiasaannya Penghantaran / pengambilan sajian adalah seperti berikut (tertakluk kepada perubahan semasa jika perlu):
- Penghantaran Sajian Tengahari – 12.00 hingga 1.00 tengahari
- Pengambilan Sajian Tengahari – 12.00 hingga 2.00 petang
- Penghantaran Sajian Makan Malam – 5.00 hingga 7.00 petang
- Pengambilan Sajian Makan Malam – 5.00 petang hingga 7.00 petang
- Tiada pembatalan dibenarkan untuk tempahan yang telah dibuat. Akan tetapi perubahan tarikh untuk penghantaran sajian (penangguhan) boleh dilakukan sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang telah diberi.
- Pelanggan hanya dibenarkan membuat penangguhan hidangan yang telah ditempah kepada bulan berikutnya
- Mangkuk Tingkat hendaklah dipulangkan dalam keadaan bersih. Surcaj 20 sen
akan dikenakan jika mangkuk tingkat yang dipulangkan tidak dibersihkan.
- Caj tersebut akan dimasukkan kedalam bil langganan bulan berikutnya.
|