|
A : Mangkuktingkat.com adalah sebuah program bagi membekalkan sajian makanan tengahari dan malam untuk mereka yang membuat tempahan.
Sajian akan disediakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak syarikat dan dihantar ke tempat yang telah ditempah oleh pelanggan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (tiada perkhidmatan pada hari Ahad dan cuti umum).
A : Tempahan makanan hendaklah dibuat minimum 3 hari sebelum bulan berikutnya. Contohnya jika anda ingin membuat tempahan pada bulan Julai, maka tempahan anda haruslah dibuat sebelum atau pada 28hb Jun . Tempahan yang dibuat pada selepas tarikh atau hari tersebut tidak akan dimasukan dalam senarai tempahan.
A : Mangkuk Tingkat atau juga dikenali sebagai Sia' dinegeri-negeri sebelah utara atau Mangkuk Tippin dinegeri-negeri sebelah selatan tanah air merupakan sejenis bekas bagi mengisi makanan yang sekian lama digunakan. Ianya juga merupakan simbol kepada semangat persaudaraan serta gotong royong antara masyarakat. Digunakan secara meluas dalam adat melayu sebagai buah tangan serta sebagai kiriman silaturahim. Sesuai dengan sifat dan peranannya maka Pihak MangkukTingkat.com mengambil pendekatan yang sama dalam menyediakan perkhidmatan sajian untuk pelanggannya.
A :Awalnya semua penghantaran tempahan kita menggunakan mangkuk tingkat . Ini adalah sebahagian dari cara pembungkusan didalam program MangkukTingkat.com . Dengan peredaran masa dan menjimatkan kos operasi, semua tempahan kini menggunakan EzyPack. Bekas EzePack ini adalah untuk SATU orang makan dan sesuai sebagai bekalan ditempat kerja, bekalan untuk anak-anak kesekolah dan juga untuk bekalan ketika berekreasi.
A : MangkukTingkat menyediakan menu yang seimbang serta memenuhi selera kebanyakan orang. Kami telah melantik panel yang pakar dalam pemakanan bagi menyediakan menu untuk anda. Menu bulanan MangkukTingkat.com telah disesuaikan untuk selera kebanyakan pelanggan berdasarkan tinjuan pendapat serta cadangan-cadangan dari orang ramai. Anda juga boleh mencadangkan menu sajian dengan cara menghantar email kepada info@mangkuktingkat.com
A : Harga sajian dari program MangkukTingkat.com adalah berbeza pada setiap bulan. Harga yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran bahan mentah dan kadar upah. Kami akan merujuk kepada beberapa sumber antaranya ialah SENARAI HARGA RUNCIT FAMA dan juga dari sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna . Jawatankuasa diperingkat Program MangkukTingkat.com juga mengambil beberapa faktor yang lain dalam penetapan harga sajian kepada pelanggan. Kami juga akan sentiasa memastikan bahawa harga sajian adalah berada pada tahap yang berpatutan. Kos penghanghantaran akan dikenakan kepada pelanggan dan akan berubah mengikut keadaan semasa.
A : MangkukTingkat.com menyediakan sajian makan tengahari dan makan malam sahaja. Anda boleh melanggan salah satu dari sajian atau kedua-duanya sekali. Selain dari pakej-pakej sajian kami juga menyediakan pakej untuk ibu-ibu yang dalam berpantang selepas bersalin. Pakej sajian akan diperbaharui dari masa ke semasa.
Kami juga menyediakan sajian bagi majlis-majlis khas dalam pakej katering. Sila hubungi talian kami untuk sebarang info.
A : Anda boleh melayari laman web kami di www.mangkuktingkat.com dan membuat tempahan disitu. Terlebih dahulu anda perlu mendaftar diri anda dengan menggunakan nombor telefon bimbit anda sebagai Login ID.
Anda juga menghubungi talian hotline kami di 03 - 9171 0334 dan membuat tempahan melalui telefon.
A : Didalam program MangkukTingkat.com pembekal yang dilantik pihak syarikat bertanggungjawab memastikan penghantaran pesanan pelanggan. Ini bermakna pembekal sendiri mesti menyediakan kakitangan yang bertugas menghantar sajian kepada pelanggan seperti waktu yang telah ditetapkan syarikat.
A : Pelanggan hendaklah memberikan alamat yang tepat bagi memudahkan urusan penghantaran. Penerima akan diminta menandatangani nota penerimaan sebagai pengesahan sajian telah diterima. Para pelanggan juga diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas penghantaran dalam menentukan lokasi yang tepat untuk penghantaran.
A : Sekiranya pelanggan belum sempat berada dilokasi penghantaran yang telah ditetapkan ianya hendaklah memaklumkan kepada petugas penghantaran tentang bagaimana sajian tersebut harus "ditinggalkan" ditempat yang selamat. Petugas akan menghubungi pelanggan sebanyak 3 kali sebelum meninggalkan sajian ditempat yang ditetapkan. Petugas penghantaran tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan atau kehilangan pesanan yang telah dihantar ditempat yang telah ditetapkan.
A : Anda akan menerima sajian tempahan anda dari mangkuktingkat cafe & delivery yang paling hampir dengan tempat anda. Mereka ini telah diberi kursus serta latihan yang telah diwajibkan mengikut terma dan syarat sebelum membuka cafe kami.
A : Anda dibenarkan memilih cafe & delivery kami yang berdekatan melalui laman web kami. Pihak pengurusan akan menentukan tempahan anda sesuai dengan jarak dan corak langganan anda jika anda membuat tempahan secara 'online'.
A : Pihak pengurusan MangkukTingkat.com sentiasa memastikan Pengendali cafe memenuhi syarat-syarat sebagai penyedia sajian seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemantauan dari masa kesemasa sentiasa dibuat bagi memastikan makanan yang disediakan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pihak syarikat ada melantik sebuah jawatankuasa bagi memantau syarat-syarat yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi oleh pengendali cafe.
A : Kami dari masa kesemasa akan melakukan lawatan penyeliaan terhadap pengendali cafe kami. Selain dari itu kami akan memastikan bekalan bahan mentah datangnya dari sumber yang tidak meragukan.Semua Pembekal dan pembantu mereka adalah terdiri dari orang yang berugama Islam. Bahan-bahan mentah yang kami gunakan akan dipantau oleh IMP (Islamic Manufacturing Practice)
A : Waktu penghantaran tempahan :
Untuk sajian tengahari : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Untuk Sajian malam : 5.00 petang hingga 8.00 malam.
Pihak kami akan mengadakan juga pemghantaran tempahan lain mengikut jenis tempahan dan kawasan anda. (tertakluk mengikut yang terdapat dilaman web sahaja)
Sebarang permintaan untuk perubahan waktu hendaklah dimaklumkan minimum 24 jam awal pada hari bekerja kepada pengurusan dan tertakluk kepada kesesuaian masa penghantaran bagi kawasan anda.
A : Tidak Boleh. Anda tidak boleh membuat pembatalan tetapi boleh membuat perubahan tempahan sahaja. Setiap perubahan hendaklah dibuat minimum 24 jam pada hari bekerja sebelum tarikh perubahan yang diinginkan. Jika tidak, perubahan anda tidak akan dilayan. Hubungi talian kami jika anda memerlukan bantuan.
A : Pasukan Khidmat pelanggan MangkukTingkat.com boleh dihubungi ditalian 03 - 9171 0334 dari
Isnin - Jumaat : 9.30 pagi hingga 5.30 petang
Sabtu : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
(kecuali hari ahad atau cuti am)
A : Setelah memilih menu di Tempahan Online, pelanggan akan diminta untuk memilih kaedah pembayaran samaada melalui online banking ataupun melalui akaun webcash. Setakat ini kami hanya menerima kedua-dua kaedah ini sahaja. Namun sekiranya terdapat masalah untuk membuat pembayaran, sila hubungi nombor hotline kami untuk bantuan.
Adalah diingatkan bahawa pihak MangkukTingkat.com tidak pernah melantik mana-mana pengedar atau agen untuk memungut bayaran terus dari pelanggan.
A: Anda dikehendaki memenuhi syarat yang dikehendaki syarikat seperti berpengalaman memasak atau mempunyai cafe atai kedai makan yang sesuai dengan konsep syarikat maka anda layak menyertai program MangkukTingkat.com sebagai RAKAN BISNES kami. Anda juga dikehendaki memukar cafe berkonsepkan mangkuktingkat cafe & delivery atau membuka cafe mengikut konsep yang dikehendaki mengikut terma dan syarat wajib syarikat. Jika berminat sila daftakan di ruangan RAKAN BISNES.
|