:: Utama :: Terma & Syarat
Terma
- MangkukTingkat.com bermaksud program khidmat penyediaan dan penghantran sajian makanan yang dimiliki dan diuruskan oleh True Entity Sdn. Bhd.
- Mangkuk Tingkat bermaksud bekas makanan yang dibuat dari besi keluli yang digunakan untuk mengisi sajian. Kini Ianya digantikan dengan bekas makanan EzyPack yang lebih efektif.
- Penghantaran bermaksud perkhidmatan menghantar sajian makanan yang disediakan oleh MangkukTingkat.com dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Rakan Bisnes bermaksud orang yang menyediakan dan membekalkan sajian untuk MangkukTingkat.com.
- Pelanggan bermaksud orang yang membayar untuk mendapatkan sajian dari MangkukTingkat.com
Syarat
- Langganan hanya berbentuk tempahan mingguan dan bulanan iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
- Tiada perkhidmatan hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.
- MangkukTingkat.com berhak mengenakan kos penghantaran kepada pelanggan mengikut keadaan semasa.
- Menu sajian ditetapkan oleh pihak MangkukTingkat.com tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
- MangkukTingkat.com berhak menukar menu sajian disaat akhir tanpa memberi notis kepada pelanggan.
- Kebiasaannya Penghantaran sajian adalah seperti berikut (tertakluk kepada perubahan semasa jika perlu):
- Penghantaran Sajian Tengahari – dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
- Penghantaran Sajian Makan Malam – dari 5.00 hingga 8.00 petang
- Tiada pembatalan dibenarkan untuk tempahan yang telah dibuat. Akan tetapi perubahan tarikh untuk penghantaran sajian (penangguhan) boleh dilakukan sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang telah diberi.
- Pelanggan hanya dibenarkan membuat penangguhan hidangan yang telah ditempah kepada bulan berikutnya, dengan syarat penangguhan tersebut hendaklah dibuat 24 jam sebelum penghantaran, dengan menghubungi 03 - 9171 0334. Jika gagal berbuat demikian, penghantaran tersebut akan dikira.
- Jika terdapat sebarang masalah daripada pihak kami, wang anda akan dikembalikan (refund) setelah dipotong 4 peratus oleh pengendali pembayaran (Webcash), dan akan dibayar pada hujung bulan berikutnya. Pelanggan diminta membuat pengesahan dengan pihak syarikat terlebih dahulu sebelum wang dikembalikan.
|